DAP Sarawak umum 18 calon PRN 


Desmond Davidson

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mendedahkan 18 daripada 26 calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2021.

DAP Sarawak hari ini mendedahkan 18 daripada 26 calonnya untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang dengan 11 daripadanya muka baharu.

Penyandang kerusi Tanjung Batu Chiew Chiu Sing, digugurkan daripada senarai calon.

Bagaimana pun, “atas sebab strategik” Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mendedahkan enam calon di dan sekitar Kuching serta dua calon di Sibu yang dilihat sebagai sebahagian daripada langkah untuk berunding dengan Parti Sarawak Bersatu.

Enam kerusi Kuching ialah Pending, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawa, Batu Kitang, dan Stakan.

Ketika ini DAP menyandang tujuh kerusi DUN.

“Kita akan lihat siapa calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Kemudian kita akan buat penyesuaian yang sewajarnya,” kata Chong pada sidang media di ibu pejabat DAP di Padungan, Kuching, hari ini.

SUPP salah satu parti komponen gabungan pemerintah kerajaan negeri iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Berikut senarai calon DAP:

N.2 Tasik Biru – Granda Aing

N.19 Mambong – Chang Hong Siong

N.22 Kedup – Laerry

N.23 Bukit Semuja - Brolin Nicholsion Benedict Achung

N. 32. Simanggang - Leon Jimat Donald

N.45 Repok - Philip Wong Pak Min

N.46 Meradong - Yong Siew Wei

N.51 Bukit Assek - Irene Mary Chang Oi Ling

N.54. Pelawan - David Wong Kee Woan

N.61 Pelagus - Solomon Kumbong

N.63 Bukit Goram - Joseph Jinggut

N.64 Baleh - Kenneth Lagong

N.68 Tg Batu - Tony Chiew

N.69 Kemena - John Bryan

N.70 Samalaju - Tonny Ung

N.73 Piasau - Peter Hee Leh Keng

N.74 Pujut - Alan Ling Sie Kiong

N.75 Senadin - Marcus Hugo. – 26 November, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen