RIBUAN wanita berarak melalui ibu kota Mexico dan bergelut dengan polis semalam menuntut pembunuhan wanita dan keganasan berasaskan jantina lain dihentikan di negara Amerika Latin itu.
Ketegangan memuncak apabila sebilangan kecil penunjuk perasaan yang menggunakan tukul besi cuba merampasi perisai daripada pegawai polis yang menghalau mereka dengan bom asap.
Kira-kira 10 wanita dibunuh setiap hari di Mexico dan aktivis menuduh kerajaan tidak melakukan tindakan sewajarnya bagi menangani masalah itu.
Lebih 10,700 wanita dibunuh di Mexico sejak 2019, menurut angka rasmi.
Kira-kira 15,000 polis wanita dikerahkan di sepanjang laluan perarakan dari laluan Paseo de la Reforma ke dataran utama bandar yang merupakan rumah presiden.
Kedai-kedai dan monument terkenal dipagar untuk mengelakkan vandalisme. – AFP, 26 November, 2021.
Komen