1,181 masuk hospital akibat Covid-19 semalam


Raevathi Supramaniam

SERAMAI 1,181 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, berkurangan berbanding 1,213 sehari sebelum, kata Kementerian Kesihatan.

Kadar penggunaan hospital berada pada 70.5 peratus, di mana hanya 39.4 peratus merupakan kes Covid-19.

Lembah Klang melaporkan 359 kemasukan, menurun daripada 385 kemasukan sehari sebelum. Penggunaan katil pula pada kadar 62.7 peratus.

Lembah Klang meliputi Selangor yang melaporkan 299 kemasukan, Kuala Lumpur (40) dan Putrajaya (20).

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor dengan 209, Kedah (54), Kelantan (108), Melaka (23), Negeri Sembilan (44), Pahang (36), Perak (61), Perlis (11), Pulau Pinang (29), Sabah (123), Sarawak (70) dan Terengganu (54).

Labuan tidak melaporkan sebarang kemasukan baharu semalam.

Selain itu negara turut melaporkan 6,144 kes Covid-19 semalam, meningkat daripada 5,755 kes pada hari sebelum, selain mencatatkan kes harian tertinggi sejak lima hari.

Dalam pada itu Lembah Klang menyumbang 2,145 kes.

Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi dengan 1,650, Kuala Lumpur (452) dan Putrajaya (43).

Negeri lain yang melaporkan kes ialah Johor (605), Kedah (442), Kelantan (511), Melaka (291), Negeri Sembilan (180), Pahang (426), Perak (280), Perlis (46), Pulau Pinang (263), Sabah (513), Sarawak (171), Terengganu (233) dan Labuan (38).

Kini terdapat 68,755 kes aktif di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 55,278 (80.4%) kuarantin di rumah, 7,422 (10.8%) di pusat kuarantin kerajaan manakala 5,539 (8.1%) dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, 516 individu berada di unit rawatan rapi, dengan 272 memelrukan alat bantuan pernafasan. – 26 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen