Chile lulus vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas


Chile, dengan populasi 19 juta setakat ini memberi vaksin kepada kira-kira 13.8 juta orang, lebih 90% daripada kumpulan sasarannya iaitu orang dewasa berusia 18 tahun ke atas. – Gambar EPA, 26 November, 2021.

CHILE semalam mengumumkan akan mula memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas selepas negara itu berjaya memvaksinasi kira-kira 90% daripada populasi sasaran awalnya.

Menerusi program vaksinasi baharu itu kanak-kanak akan menerima suntikan CoronaVac dari China yang digunakan untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun, kata Institut Kesihatan Awam.

Untuk kanak-kanak berusia 16 hingga 18 tahun, Chile menggunakan vaksin Pfizer/BioNTech.

Keputusan menggunakan suntikan berbeza adalah berdasarkan kajian dengan CoronaVac di China yang menunjukkan vaksin China mempunyai kadar tindak balas buruk yang lebih tinggi pada kanak-kanak yang lebih berusia berbanding yang lebih muda, kata institut itu.

Chile mengikut jejak langkah Venezuela, Colombia dan Argentina dalam memberi vaksin kepada kanak-kanak dari usia tiga tahun.

Nicaragua dan Cuba memberi vaksin kepada kanak-kanak seawall usia dua tahun.

Kanak-kanak yang lebih muda juga akan mula diberi vaksin di Eropah di mana pengawal selia dadah EU semalam menyediakan suntikan Pfizer/BioNTech untuk digunakan pada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Chile, dengan populasi 19 juta setakat ini memberi vaksin kepada kira-kira 13.8 juta orang, lebih 90% daripada kumpulan sasarannya iaitu orang dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Kira-kira 1.75 juta orang dijangkiti virus itu di Chile dan 38,000 sudah meninggal dunia, menurut angka rasmi. – AFP, 26 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen