PEMBUKAAN rasmi pejabat konsular Korea Selatan di Bali, Indonesia akan diadakan pada Jumaat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Konsulat itu telah memulakan operasinya pada Mac dan penubuhannya antara lain untuk menawarkan perkhidmatan konsular dan pasport selain membantu program vaksinasi Covid-19 kepada warga dan pengembara Korea Selatan.
Pembukaan rasminya telah ditangguhkan akibat pandemik, memetik Kementerian Luar Seoul pada Khamis.
Majlis perasmian itu dijangka dihadiri Duta Korea Selatan ke Indonesia Park Tae Sung serta pegawai kerajaan tempatan dan rakyat Korea.
Bali satu daripada destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara, menarik lebih 213,000 warga Korea pada 2019 sebelum pandemik melanda, menurut data kerajaan. – Bernama, 25 November, 2021.
Komen