MALAYSIA enggan memberikan visa kepada pemain Israel yang menyertai perlawanan skuash dijadualkan bulan depan, kata badan pengurusan sukan itu, mencetuskan kemarahan wilayah Yahudi.
Negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel itu melakukan cubaan untuk menghalang atlet Yahudi.
Kejohanan Pasukan Dunia untuk kategori lelaki dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 12 Disember, dengan penyertaan 26 pasukan.
Tetapi Persekutuan Skuash Dunia (WSF) berkata dimaklumkan pada masa ini pihak berkuasa Malaysia masih tidak memberikan visa kepada pasukan skuash Israel.
“WSF komited kepada prinsip kejohanan dunia yang terbuka dan inklusif di mana semua negara anggota yang mahu menyertainya boleh berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.
WSF berkata pihaknya berhubung dengan badan pentadbir skuash Malaysia dan berharap penyelesaian yang adil dan praktikal dapat dicapai.
Perlawanan itu awal tahun ini ditukar ke Malaysia dari New Zealand susulan sekatan perjalanan berkaitan koronavirus.
Pada 2019, Malaysia hilang hak menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Renang Paralimpik Dunia kerana enggan membenarkan kemasukan atlet Israel.
Pada 2015, atlet peluncur angin Israel terpaksa tarik diri daripada pertandingan yang diadakan di Langkawi selepas tidak diberikan visa.
Perjuangan rakyat Palestin menjadi keutamaan dan menerima sokongan di Malaysia, di mana majority rakyatnya adalah beragama Islam, dan pemegang pasport Israel tidak dibenarkan masuk ke negara ini. – AFP, 25 November, 2021.
Komen