Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV


Hampir 1.8 juta orang di Nigeria dijangkiti HIV, dengan lebih 150,000 melibatkan kanak-kanak. – Gambar EPA, 25 November, 2021.

LEBIH 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV, lapor Agensi Anadolu. 

Ketua Agensi Kawalan AIDS (NACA) Nigeria, Gambo Aliyu berkata pada Khamis negara itu telah mencapai kemajuan ketara dalam memerangi HIV/AIDS, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 80,000 kanak-kanak daripada 150,000 menerima rawatan berkala.

Hampir 1.8 juta orang di negara ini dijangkiti HIV, dengan 90% daripadanya tidak menyedari mereka dijangkiti manakala 96% lagi sedang menerima rawatan. 

Aliyu berkata NACA akan meneruskan kempen memerangi HIV/AIDS dan menyeru masyarakat untuk menjalani ujian saringan bagi mengesan virus itu. – Bernama, 25 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen