Putin bantah cadangan EU kenakan sekatan terhadap Belarus


Presiden Rusia Vladimir Putin berharap Presiden Majlis EU Charles Michel akan bekerjasama dengan Poland untuk mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan dan mencegah kekerasan terhadap migran. di sempadan Belarus-Poland. – Gambar EPA, 25 November, 2021.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin pada Rabu membantah cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Belarus, lapor Agensi Anadolu. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan mengenai krisis pendatang di sempadan Belarus-Poland, menerusi telefon dengan Presiden Majlis EU Charles Michel, menurut kenyataan pejabat presiden (Kremlin).

Putin berharap Michel akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Poland untuk mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan dan mencegah kekerasan terhadap migran. 

Kedua-dua pemimpin turut mebincangkan mengenai perkembangan di Ukraine, Afghanistan, Libya, dan Nagorno-Karabakh.

Sejak Ogos, negara-negara EU yang bersempadan dengan Belarus – Lithuania, Latvia dan Poland – telah melaporkan peningkatan jumlah kemasukan migran yang mendadak.

Lebih 8,000 migran cuba memasuki blok itu melalui sempadan Belarus-EU pada 2021, meningkat mendadak berbanding hanya 150 orang tahun lalu.

Pada minggu lepas, sekurang-kurangnya 2,000 migran termasuk wanita dan kanak-kanak terkandas di kawasan sempadan Belarus-Poland, dalam keadaan menyedihkan. – Bernama, 25 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen