TIGA orang terbunuh apabila sebuah helikopter latihan dan lawatan terhempas ke atas sebuah rumah di pesisir pantai selatan California semalam, kata saksi dan pekerja kecemasan.
Saksi menggambarkan melihat kepulan asap kelihatan apabila sebuah pesawat Robinson 44 menjunam ke bawah dan kelihatan jatuh ke atas sebuah rumah sebelum terhempas ke tanah dan terkena sebuah rumah lain.
Seorang penduduk memberitahu saluran media tempatan ABC7 yang “ia kedengaran seperti keretapi yang jatuh.” Selepas tiba di tempat kejadian, dia “melihat seorang seorang lelaki, tak pasti jika dia tercampak atau ada bahagian anggota yang lain.”
Saksi itu mengatakan pemilik rumah itu berada di situ ketika kejadian tetapi tidak cedera.
Chip Duncan, ketua bomba Newport Beach mengesahkan tiga orang terbunuh dan dua lagi dibawa ke hospital.
Newport Beach adalah sebuah bandar dengan jumlah penduduk sekitar 85,000 orang di Orange County, hampir 65 kilometer dari selatan Los Angeles. – AFP, 31 Januari, 2018.
Komen