Hantar bom palsu, lelaki warga UK dipenjara


SEORANG lelaki warga Britain yang obsess terhadap Covid-19 dipenjarakan semalam selama lebih dua tahun selepas mencetuskan ketakutan bom di kilang vaksin AstraZeneca.

Anthony Collins, 54, dari Kent di tenggara England menghantar bungkusan mencurigakan ke kilang di Wales pada Januari, mahkamah diberitahu.

Dia juga cuba menghantar bungkusan ke 10 Downing Street, sebuah makmal di bandar Wuhan di China dan kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Kesemua bungkusan tersebut berjaya disekat tetapi yang dihantar ke AstraZeneca memerlukan campur tangan oleh unit pemusnah bom tentera.

Peguam bela Janice Brennan berkata Collins mempunyai gangguan personaliti yang didiagnosis dan sudah lama menjalankan kegiatan dengan “minat obsesi” terhadap koronavirus dan vaksin.

“Dia seorang individu yang kesunyian dan bosan serta merasa sangat sukar untuk berdepan kehidupan normal,” kata peguam berkenaan dalam perbicaraan di Maidstone, Kent.

Hakim David Griffith-Jones berkata tindakan itu bagaimanapun tidak memaafkan kelakuannya yang sengaja menghantar bom palsu dengan tanpa sedar mengetahui ia akan menyebabkan ketakutan dan kekacauan.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara ke atas Collins selama 27 bulan, menolak masa yang dihabiskan dalam tahahan reman atas pertuduhan menghantar artikel melalui pos dengan niat menimbulkan kepercayaan bahawa ia mungkin akan meletup. – AFP, 25 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen