Turunkan harga tiket ke Sarawak untuk PRN, kata ahli Parlimen


Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menggesa Putrajaya campur tangan kurangkan harga tiket penerbangan untuk tiga hari sebelum dan selepas PRN supaya dapat galak rakyat Sarawak di Semenanjung pulang mengundi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 November, 2021.

PERATUSAN mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan rendah jika Putrajaya tidak cari jalan turunkan harga penerbangan ke negeri itu, kata Dr Kelvin Yii.

“Carian pantas menunjukkan ia sudah cecah lebih RM1,000 untuk tiket sehala ke Kuching,” kata ahli Parlimen Bandar Kuching itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yii berkata harga tiket penerbangan perlu dikawal untuk tiga hari sebelum dan selepas PRN supaya dapat galak rakyat Sarawak di Semenanjung pulang mengundi.

Awal hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 18 Disember ini sebagai tarikh mengundi, manakala 6 Disember untuk hari penamaan calon.

Dr Yii turut berkata ini bukan masa yang sesuai Sarawak adakan pilihan raya.

Tambah Dr Kelvin Yii, Sarawak sepatutnya tunggu lagi tiga bulan supaya rakyat yang berusia 18 tahun dapat mengundi. – Gambar EPA, 24 November, 2021.

“Kita masih di dalam pandemik dan kita perlu beri tumpuan beri dos penggalak Covid-19.

“Kita ada kelebihan untuk perhati malah untuk buat penilaian wajar terhadap potensi kerosakan Covid-19 akibat PRN Melaka sebelum kita putuskan untuk buat PRN Sarawak.

“Tetapi, sebaliknya, pertimbangan politik telah melangkaui kebimbangan kesihatan.

“Kesan Covid-19 di Melaka hanya akan dapat dilihat dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya.

Tambah Dr Yii Sarawak sepatutnya tunggu lagi tiga bulan supaya rakyat yang berusia 18 tahun dapat mengundi. – 24 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen