Magdalena Andersson wanita pertama dilantik PM Sweden 


Magdalena Andersson dipilih sebagai perdana menteri baharu Sweden.– Gambar EPA, 24 November, 2021.

MAGDALENA Andersson dipilih sebagai perdana menteri baharu Sweden, sekali gus menjadikannya wanita pertama dalam sejarah negara yang menjawat jawatan itu, lapor Xinhua.

Andersson dijadual mengangkat sumpah jawatan selepas mengadakan pertemuan dengan Raja Carl XVI Gustaf pada Jumaat.

Beliau hanya mempunyai masa kurang 10 bulan untuk bersiap sedia bagi pilihan raya umum Sweden 2022. – Bernama, 24 November, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen