Jepun mungkin keluar stok minyak untuk turunkan harga 


Perdana Menteri Fumio Kishida berkata Jepun kemungkinan akan mengeluarkan simpanan stok minyaknya dalam usaha untuk menstabilkan harga.– Gambar EPA, 24 November, 2021.

PERDANA Menteri Fumio Kishida berkata Jepun kemungkinan akan mengeluarkan simpanan stok minyaknya dalam usaha untuk menstabilkan harga.

“Jepun telah memutuskan mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) dan menjual sebahagian simpanan stok milik kerajaan tanpa menyalahi undang-undang penyimpanan minyak,” kata Kishida pada Rabu, lapor Xinhua.

Di bawah undang-undang penyimpanan minyak ia mengehadkan pengeluaran bagI tujuan seperti tindak balas terhadap bencana dan pergolakan politik luar negara.

Rumah Putih pada Selasa mengumumkan AS akan mengeluarkan 50 juta tong minyak daripada rizab kecemasannya untuk menangani kenaikan harga. Beberapa negara lain juga dijangka mengambil langkah sama.

Bagaimanapun, harga minyak terus meningkat dalam tempoh semalaman di New York dan Tokyo, mencetuskan keraguan mengenai keberkesanan langkah itu. – Bernama, 24 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen