Utusan PPB ke Libya letak jawatan sebelum pilihan raya


Jan Kubis dijangka memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Libya pada Rabu. – Gambar EPA, 24 November, 2021.

UTUSAN Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Libya, Jan Kubis, mengemukakan peletakan jawatannya sebulan sebelum pilihan raya diadakan di negara yang dilanda perang itu, menurut jurucakap PBB yang mengesahkan hal itu pada Selasa.

“Saya boleh memberitahu anda bahawa Kubis telah mengemukakan peletakan jawatannya dan setiausaha agung menerimanya dengan berat hati,” lapor Xinhua memetik jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric.

“Setiausaha agung sedang mengusahakan pengganti yang sesuai. Kami semua maklum mengenai pilihan raya itu dan sedang berusaha secepat mungkin untuk memastikan kesinambungan dalam peranan beliau itu,” kata Dujarric pada taklimat harian media.

Kubis tidak meninggalkan jawatannya serta-merta dan dijangka memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Libya pada Rabu, kata jurucakap itu, yang enggan menyatakan tempoh berakhirnya perkhidmatan Kubis. – Bernama, 24 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen