Kes baharu Covid-19 bertambah 5,594


Ragananthini Vethasalam

JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat buat hari ketiga selepas merekodkan 5,594 kes setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di negara ini kepada 2,597,080.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Semalam Malaysia merekodkan 4,885 kes jangkitan baharu Covid-19, yang mana ia meningkat sedikit berbanding 4,854 kes yang dilaporkan sehari sebelum itu.

Dr Noor Hisham juga berkata kadar kebolehjangkitan setakat 21 November kekal pada 1.0 semalam.

1,132 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital turut direkodkan semalam.

Kadar penggunaan katil hospital adalah 67.4%.  – 23 November, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen