Wartawan Libya diculik di Benghazi


Libya dilanda keganasan sejak pemberontakan yang disokong Nato mengguling dan membunuh diktator lama Muammar Gaddafi pada 2011. – Gambar EPA, 23 November, 2021.

SEORANG wartawan Libya diculik pada Isnin di Benghazi, kata media kerajaan.

Siraj Abdelhafid al-Mogassbi telah diculik dari pejabat Al-Hayat tempat beliau bekerja, katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata penyerang tidak dikenali memasuki pejabat Al-Hayat sebelum mengancam pekerja dan merampas Mogassbi.

Mereka enggan menunjukkan pengenalan diri atau waran tangkap atau menjelaskan tindakan mereka, kata kenyataan itu, menambah Al-Hayat berkongsi pejabat dengan cawangan media kerajaan Benghazi.

Ketua pihak berkuasa Abderrazag al-Dahhesh berkata polis telah dimaklumkan dan beliau sendiri telah menghubungi pendakwa negeri secara peribadi untuk mengutuk penculikan itu.

Libya dilanda keganasan sejak pemberontakan yang disokong Nato mengguling dan membunuh diktator lama Muammar Gaddafi pada 2011.

Ia berada di kedudukan 165 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia oleh badan pemerhati media Reporters Without Border. – AFP, 23 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen