PERDANA Menteri Perancis Jean Castex disahkan positif Covid-19 petang semalam, umum pejabatnya, dan berkata beliau akan kuarantin 10 hari tetapi masih menjalankan tugas rasmi.
Castex mengambil ujian saringan PCR serta-merta selepas mendapat tahu salah seorang anak perempuannya didapati positif Covid-19.
Castex berada di Brussels pagi semalam, di mana beliau bertemu rakan sejawatnya di Belgium, Alexander De Croo.
Beliau diiringi beberapa barisan menteri kanan termasuk Menteri Dalam Negeri Gerard Darmanin dan Menteri Eropah Clement Beaune.
Perdana menteri berusia 56 tahun itu sudah menerima dua dos vaksin pada musim bunga lalu dan sebelum ini tidak pernah dijangkiti virus itu.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte dijangkiti Covid-19 tahun lalu. – AFP, 23 November, 2021.
Komen