JABATAN Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya tidak ke Jerman dan Denmark susulan berlaku lonjakan kes jangkitan Covid-19 di Eropah.
Nasihat perjalanan Tahap 4 dikeluarkan iaitu tahap tertinggi untuk kedua-dua negara, sekali gus menunjukkan jangkitan Covid-19 sangat tinggi di negara berkenaan.
Bakal pengembara juga diberi amaran aka nada sekatan yang menjejaskan kemasukan warga AS ke Denmark.
Eropah kembali menjadi pusat wabak dan keadaan itu dikaitkan dengan program vaksinasi yang perlahan di beberapa negara selain penyebaran varian Delta yang mudah menular dan cuaca lebih sejuk.
Di Jerman, negara paling ramai penduduk di Kesatuan Eropah (EU), hanya 68 peratus penduduknya lengkap vaksin.
Negara itu menggesa semua individu dewasa yang diberi vaksin untuk mendapatkan suntikan dos penggalak untuk menangani keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan selepas enam bulan.
Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn dilaporkan berkata majoriti rakyat Jerman perlu disuntik vaksin, dirawat hingga sembuh atau akan mati akibat Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan ini.
Amaran itu disuarakan selepas kempen imunisasi kurang mendapat sambutan. – AFP, 23 November, 2021.
Komen