Kemasukan hospital Covid-19 meningkat


Ragananthini Vethasalam

KEMASUKAN pesakit Covid-19 ke hospital meningkat kepada 1,132 semalam berbanding 1,081 pada sehari sebelum, menurut CovidNow.

Secara keseluruhan penggunaan katil di hospital kini pada kadar 67.4 peratus.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap serius virus, manakala penggunaan hospital termasuk katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator

Lembah Klang mencatat kemasukan harian tertinggi iaitu 305.

Negeri atau wilayah persekutuan yang turut melaporkan kemasukan baharu ialah Selangor dengan 259, Johor (223), Kedah(41), Kelantan (105), Melaka (33), Negeri Sembilan(38), Pahang (43), Perak (54), Perlis (4), Pulau Pinang (25), Sabah (100), Sarawak (103), Terengganu (58), Kuala Lumpur (27), dan Putrajaya (19).

Labuan satu-satunya yang tidak melaporkan sebarang kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan hospital, Melaka yang tertinggi dengan 87.1 peratus kapasiti katil digunakan.

Sementara itu, kadar guna ventilator pada 39.5 peratus dan ICU pada 64.9 peratus.

Terdapat 67,986 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 549 pesakit dirawat di ICU dengan 274 memerlukan ventilator.

Sementara itu, 54359 pesakit berada di bawah kuarantin di rumah, 7488 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5590 dimasukkan ke hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 968 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (683), Sabah (543), Johor (374), Kedah (472), Pahang (356), Pulau Pinang (246), Sarawak (292), Perak (228), Terengganu (202). ), Sabah (485), Sarawak (147), Terengganu (208), Kuala Lumpur (208), Melaka (291), Negri Sembilan (132), Putrajaya (70), Perlis (13) dan Labuan (10). – 23 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen