63 kematian akibat Covid-19 semalam


Ragananthini Vethasalam

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 63 kematian Covid-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah maut akibat koronavirus kini sebanyak 30,063.

Kesemua 63 yang meninggal itu adalah kematian tertunggak.

Menurut data GitHub Kementerian Kesihatan, 13 daripada 63 mangsa disahkan maut sebelum tiba di hospital.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tersebut, termasuk kes tertunggak yang baru disahkan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian, diikuti Johor sebanyak 11.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kematian baharu semalam ialah Kedah (4), Kelantan (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Perak (7), Sabah (9), Sarawak (2), Kuala Lumpur (4) dan Terengganu (7).

Pulau Pinang, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.

Sementara itu, menurut laman web CovidNow, purata kematian di negara ini bagi setiap sejuta penduduk dalam tempoh dua minggu sebanyak 17 kematian, manakala antara negeri Terengganu paling tinggi dengan 51 kematian bagi setiap sejuta penduduk. – 23 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen