Pemimpin pembangkang Kenya angkat sumpah sebagai presiden 


Pemimpin pembangkang Kenya Raila Odinga mengangkat sumpah sebagai presien negara itu di hadapan ribuan penyokongnya di Nairobi.– Gambar EPA, 30 Januari, 2018.

PEMIMPIN pembangkang Kenya Raila Odinga telah bersumpah sebagai presiden alternatif pada Selasa di hadapan ribuan penyokong, tiga bulan selepas mendakwa pilihan raya telah dicuri darinya.

“Saya Raila Amolo Odinga, dalam merealisasikan panggilan yang tinggi, mengambil alih pejabat Presiden Republik Kenya,” katanya dalam upacara ringkas dan yang dikelilingi oleh rakyat negara itu di Nairobi.

Penyokong Odinga menunggu selama enam jam di bawah terik matahari, sebelum beliau tiba tanpa timbalannya Kalonzo Musyoka yang turut dijadualkan mengangkat sumpah. 

Suasana agak kecoh ketika Odinga mengangkat sumpah di pejabatnya yang mana ucapan sumpahnya berbeza dengan yang dilafazkan Kenyatta pada November. 

“Kita telah menunaikan janji kepada rakyat Kenya,” kata Odinga ketika membuat ucapan ringkas sebelum meninggalkan majlis berkenaan. – AFP, 30 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen