DUA warga Jerman ditahan di Afrika Selatan kerana menangkap haiwan terancam termasuk cicak armadillo dengan niat untuk menjualnya secara haram, kata kementerian alam sekitar semalam.
Kedua-dua mereka ditahan pada Jumaat berhampiran Askham di wilayah Northern Cape berhampiran sempadan Botswana dan Namibia di pinggir padang pasir Kalahari, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Lelaki itu juga membawa dadah haram, katanya.
Mereka berkata kedua-dua mereka merancang menyeludup cicak armadillo, cicak tokek dan kura-kura keluar dari Afrik Selatan ke sindiket perdagangan haiwan peliharaan eksotik antarabangsa yang menguntungkan.
Penahanan mereka hasil operasi bersama beberapa pasukan polis, taman negara dan pegawai alam sekitar, menurut kenyataan itu. – AFP, 22 November, 2021.
Komen