Wartawan terkenal maut insiden letupan bunuh diri di Mogadishu


Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang membunuh Abdiaziz Mohamud Guled, pengarah Radio Mogadishu milik kerajaan Somalia. – Gambar Facebook, 21 November 2021.

SEORANG wartawan Somalia terkenal yang merupakan pengkritik tegar kumpulan militan Al-Shabaab dibunuh oleh pengebom bunuh diri ketika meninggalkan sebuah restoran di ibu negara Mogadishu pada Sabtu, kata pegawai dan rakan sekerja.

Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang membunuh Abdiaziz Mohamud Guled, pengarah Radio Mogadishu milik kerajaan.

Serangan itu mencederakan dua orang lagi, pengarah di Televisyen Kebangsaan Somalia bernama Sharmarke Mohamed Warsame dan seorang pemandu.

“Semoga Tuhan memberkati saudara saya Abdiaziz Mohamud Guled, beliau seorang berani yang negara hilang,” kata Timbalan Menteri Penerangan Somalia Abdirahman Yusuf Omar dalam satu kenyataan.

Pegawai kerajaan Ismael Mukhtar Omar, juga rakan sekerjanya memberitahu AFP yang polis mengesahkan kejadian itu disebabkan oleh pengebom bunuh diri.

“Beliau keluar dari restoran dan masuk ke kereta bersama rakan sekerjanya selepas makan malam dan pengebom bunuh mati berlari ke cermin kereta dan meletupkan dirinya sendiri,” kata seorang lagi rakan sekerja Ali Mohamed.

Al-Shabaab, yang melancarkan pemberontakan ganas terhadap kerajaan rapuh negara itu sejak 2007, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dalam satu kenyataan, berkata ahlinya sudah lama mengejar wartawan itu.

Guled, juga dikenali sebagai Abdiaziz Afrika, terkenal dengan temu bualnya dengan suspek Al-Shabaab yang ditahan oleh pasukan keselamatan Somalia, dan programnya menarik penonton yang ramai di dalam dan luar negara.

Badan pemerhati media Reporters Without Borders, yang dikenali dengan singkatan Perancisnya RSF, berkata Somalia kekal sebagai negara paling berbahaya di Afrika bagi kakitangan media dengan lebih 50 terbunuh sejak 2010.

Al-Qaeda dikaitkan dengan Al-Shabaab mengawal ibu negara itu sehingga 2011 apabila ia dikalahkan oleh tentera Kesatuan Afrika, tetapi ia masih mengawal wilayah di luar bandar dan kerap melancarkan serangan terhadap sasaran kerajaan dan awam di Mogadishu dan tempat lain. – AFP, 21 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen