Kanak-kanak Israel 5-11 tahun terima vaksin Covid-19


Kanak-kanak Israel berusia lima hingga 11 tahun akan menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula Selasa depan. – Gambar EPA, 20 November, 2021.

ISRAEL akan memulakan program imunisasi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada Selasa depan, kata Perdana Menteri Naftali Bennett.

Wilayah Yahudi itu meluluskan kebenaran untuk mengimunisasi kanak-kanak lebih muda dengan suntikan Pfizer-BioNTech tetapi vaksin itu lewat tiba.

Menurut media Israel, ratusan ribu dos, pada awalnya dijangka tiba pertengahan minggu ini, akan hanya sampai pada Ahad.

“Bermula Selasa, kanak-kanak juga akan divaksin,” kata Bennett di Facebook.

Pihak berkuasa mula memberikan suntikan vaksin kepada remaja 12 hingga 17 tahun dan kemudian memutuskan untuk mengimunsasi kanak-kanak lebih muda susulan syor dan ujian klinikal Pfizer.

Syarikat itu menjalankan ujian klinikal kepada kanak-kanak menunjukkan vaksin itu 90.7% berkesan dalam mencegah penyakit bergejala.

Selain Israel, beberapa negara lain turut memberi vaksin kepada kana-kanak bawah 12 tahun. Ia termasuk Amerika Syarikat yang menggunakan Pfizer, selain Emiriyah Arab Beratu, Kemboja, Colombia dan Cuba. – AFP, 20 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen