Perkhidmatan Internet di Sudan disambung semula


PERKHIDMATAN Internet di Sudan disambung semula pada Khamis selepas terputus sejak 25 Oktober , kata Xinhua memetik laporan rasmi agensi berita SUNA.

Perkhidmatan internet dipulihkan kembali secara beransur-ansur melalui semua syarikat komunikasi, menurut SUNA memetik sumber.

Ia terganggu sejak 25 Oktober berikutan tindakan yang diambil oleh Panglima Besar Angkatan Bersenjata Sudan Abdel Fattah Al-Burhan termasuk membubarkan Majlis Berdaulat dan kerajaan.

Pada 9 November, mahkamah Sudan mengeluarkan perintah untuk syarikat komunikasi memulihkan kembali perkhidmatan Internet dengan segera, tetapi keputusan itu tidak dilaksanakan pada masa itu.

Sudan menghadapi krisis politik selepas Al-Burhan mengisytiharkan darurat pada 25 Oktober dan membubarkan Majlis Berdaulat dan kerajaan. – Bernama, 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen