Kes melonjak, Czech umum sekatan baharu Covid-19


Kerajaan Czech akan memperkenalkan langkah baharu bagi menggalakkan vaksinasi Covid-19 susulan berlaku lonjakan jangkitan baharu virus itu. – Gambar EPA, 19 November, 2021.

KERAJAAN Czech akan memperkenalkan langkah baharu bagi menggalakkan vaksinasi Covid-19 susulan berlaku lonjakan jangkitan baharu virus itu.

Bermula Isnin, hanya individu sudah lengkap vaksin dan mereka yang pulih daripada Covid-19 dalam tempoh selepas enam bulan akan dibenarkan masuk ke bar, restoran, hotel dan perkhidmatan lain.

Ujian saringan negative Covid-19 saja tidak lagi mencukupi.

“Kami terinspirasi daripada cara Bavarian, di mana asasnya hanya individu sudah divaksin boleh akses kepada perkhidmatan, hotel dan perkumpulan,” kata Perdana Menteri Andrej Babis di twitter.

Menteri Kesihatan Adam Vojtech berkata matlamat utama langkah itu ialah untuk memotivasikan orang ramai mendapatkan vaksin.

Kerajaan akan bermesyuarat hari ini bagi memperincikan peraturan baharu itu di mana ia akan termasuk ujian saringan Covid-19 di sekolah dan tempat kerja bagi mereka yang tidak divaksin.

Minggu ini, negara EU menyaksikan jumlah jangkitan baharian meningkat dengan 22,470 kes baharu pada Selasa.

Virus itu meragut nyawa 31,769 rakyat Czech yang mempunyai populasi 10.7 juta orang itu. – AFP, 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen