AS mungkin boikot Sukan Olimpik Beijing


Presiden Joe Biden mempertimbangkan untuk memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China. – Gambar EPA, 19 November, 2021.

PRESIDEN Joe Biden mempertimbangkan untuk memboikot diplomatik Amerika Syarikat (AS) terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China.

Tindakan itu diambil atas alasan pencabulan hak asasi dilakukan China tidak akan memberi kesan kepada atlet AS yang bertanding.

Biden, ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memberitahu wartawan boikot diplomatik Sukan Olimpik Beijing pada Februari tahun depan sedang dipertimbangkan.

Baru-baru ini, Biden mengadakan perjumpaan dua hala secara maya dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping, di mana kedua-dua pemimpin menegaskan mahu memastikan kestabilan dan mencegah konflik tidak sengaja.

Bagaimanapun, Biden tertekan untuk bercakap mengenai pencabulan hak asasi manusia China, terutamanya di Xinjiang di mana AS mendakwa penindasan terhadap etnik Uighur mencapai tahap pembunuhan beramai-ramai.

Selasa lalu, The Washington Post melaporkan pentadbiran Biden akan mengumumkan memboikot secara diplomatik acara sukan itu di mana atlet masih boleh bertanding tetapi tidak akan disertai wakil kerajaan.

Bagaimanapun, pegawai White House berkata isu itu tidak dibangkitkan semasa sidang kemuncak maya Biden-Xi baru-baru ini. – AFP, 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen