Kira-kira 7,000 pelarian kini dalam negara, kata Belarus


Ribuan pelarian kebanyakannya dari Timur Tengah mendirikan kem di sempadan Poland.– Gambar EPA, 18 November, 2021.

BELARUS pada Khamis berkata terdapat kira-kira 7,000 pendatang kini berada di negara bekas Soviet itu. 

2,000 daripadanya kini membanjiri sempadan negara itu dengan Poland. 

Ribuan pelarian, kebanyakannya dari Timur Tengah, mendirikan kem di sempadan dalam apa yang dikatakan negara Barat sebagai balas dendam terhadap sekatan yang dikenakan pemimpin Belarus Alexander Lukashenko selepas penindasan protes tahun lepas. 

“Kesatuan Eropah mewujudkan koridor kemanusiaan untuk 2,000 pelarian yang berada di kem. Kami mengambil tanggungjawab untuk menghantar pulang 5,000 yang lain ke negara asal,” kata jurucakap Lukashenko, Natalya Eismont. 

Katanya Canselor Jerman Angela Merkel akan mengadakan rundingan dengan EU berhubung pengwujudan koridor kemanusiaan ke Jerman. 

Masih belum ada maklum balas daripada Jerman. 

Lukashenko menolak dakwaan beliau merancang krisis dan mengkritik EU kerana enggan menerima pendatang. – AFP, 18 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen