1MDB sembunyi maklumat untuk lembaga pengarah ‘sahkan’ transaksi, kata saksi


Hailey Chung Wee Kye

AHLI lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terkeliru ketika memberikan kelulusan bagi transaksi untuk syarikat pelaburan negara itu, kata bekas pengarah.

Ismee Ismail berkata pengarah memainkan peranan mereka untuk cuba melindungi kepentingan syarikat itu dengan perbincangan dilakukan berkenaan ekonomi dan kemampuan urus niaga syarikat.

Bagaimanapun, selepas pendedahan daripada siasatan 1MDB yang bermula pada 2015 dan sepanjang perbicaraan 1MDB, beliau berkata lembaga pengarah sedar yang mereka “dipergunakan”.

“Selepas semua ini, andaian saya sekarang ialah lembaga pengarah dipergunakan untuk buat semua insiatif dan transaksi (1MDB) yang kelihatan seperti sah.

“Maklumat kepada lembaga pengarah mengelirukan atau lebih teruk lagi tiada maklumat atau maklumat disembunyikan diberi kepada lembaga pengarah,” katanya.

Saksi pendakwa ke-13 itu memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram.

Ismee berkata demikian ketika memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – 18 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen