FILIPINA pada Khamis mendakwa kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot yang menghantar bekalan kepada marin Filipina di Laut China Selatan yang dipertikaikan
Negara kepulauan itu turut mengarahkan Beijing “berundur”.
Setiausaha Luar Teodoro Locsin berkata beliau telah menyatakan “kemarahan, kutukan dan bantahan” kepada Beijing berhubung insiden itu, yang menurutnya berlaku pada Selasa ketika bot Filipina dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan.
“Nasib baik, tiada siapa yang cedera; tetapi bot kami terpaksa batalkan misi bekalan mereka,” kata Locsin dalam satu kenyataan di Twitter, menyifatkan tindakan tiga kapal China menyekat dan menggunakan meriam air sebagai “haram”.
Locsin menyifatkan bot Filipina sebagai “awam”, mencadangkan ia adalah kapal awam, berkata ia dilindungi pakatan pertahanan bersama dengan Amerika Syarikat (AS)
“China tidak ada hak penguatkuasaan undang-undang di dalam dan sekitar kawasan ini,” tambahnya. “Mereka perlu ambil iktibar dan berundur.”
Ketegangan di laut yang kaya dengan sumber itu meningkat tahun ini selepas beratus-ratus kapal China dikesan di Whitsun Reef, yang juga dekat dengan kepulauan Spratly.
China menuntut hampir semua laut, yang melaluinya bertrilion dolar dalam perdagangan setiap tahun, dengan tuntutan bersaing dari Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Beijing telah mengabaikan keputusan 2016 oleh Mahkamah Tetap Timbang Tara yang berpangkalan di The Hague yang mendakwa tuntutan ke atas sebahagian besar laut tersebut sebagai tanpa asas.
Kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk komen.
Presiden Rodrigo Duterte yang akan berundur telah berusaha untuk berpaling dari Amerika Syarikat kepada China sejak mengambil alih kuasa pada 2016 dan kelihatan berat untuk berhadapan dengan Beijing.
Namun apabila berdepan tekanan domestik yang semakin meningkat untuk mengambil tindakan yang lebih keras, Duterte menegaskan kedaulatan Filipina ke atas perairan itu tidak boleh dirundingkan. – AFP, 18 November, 2021.
Komen