KANADA menghantar pasukan tentera bagi membantu memindahkan mangsa banjir teruk di pantai Pasifik susulan hujan lebat luar biasa, kata pihak berkuasa.
Hujan lebat di British Columbia minggu ini menyebabkan pengguna jalan raya terperangkap dalam lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan dua masih hilang, menyebabkan ribuan meninggalkan rumah masing-masing dan Vancouver terputus dari pelabuhannya.
“Sebagai respons kepada banjir teruk di seluruh selatan BC, kami meluluskan pengerahan tentera udara Kanada bagi membantu usaha pemindahan ke tempat perlindungan, menyokong laluan rantaian bekalan dan melindungi penduduk,” kata Menteri Keselamatan Awam Bill Blair di Twitter.
Di Washington, menjelang pertemuan dengan rakan sejawat Amerika Syarikat dan Mexico, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata hujan kali ini menyebabkan banjir yang paling teruk dalam sejarah dan menjejaskan kehidupan penduduk di seluruh British Columbia. – AFP, 18 November, 2021.
Komen