Seorang maut, 6 cedera tong gas meletup di Karachi 


Bangunan kediaman di kawasan terlibat juga rosak sebahagiannya akibat letupan itu.– Gambar EPA, 17 November, 2021.

SEORANG terbunuh dan enam yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan tong gas di bandar pelabuhan Karachi di selatan Pakistan pada Rabu, lapor Xinhua, memetik polis.

Kejadian berlaku di sebuah bangunan bertingkat di kawasan Lyari di Karachi, wilayah selatan Sindh menurut pegawai polis daerah itu kepada media tempatan.

Bangunan kediaman itu juga rosak sebahagiannya akibat letupan itu, kata polis, sambil menambah punca letupan masih belum dapat dipastikan, tetapi mungkin disebabkan kebocoran gas.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan dirawat kerana melecur teruk. – Bernama, 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen