DUN Sarawak bersidang sempena ulang tahun ke-150


Desmond Davidson

Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud memeriksa barisan kawalan kehormat bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 30 Januari, 2018.

DEWAN Undangan Negeri Sarawak yang merupakan dewan undangan negeri pertama dan tertua di Malaysia, hari ini mengadakan sidang khas sehari bagi bersempena ulang tahun ke-150nya.

Ditubuhkan ketika pemerintahan “Raja Putih” Brooke, Majlis Umum Sarawak telah diadakan pada 8 September 1867 di Bintulu yang diketuai Charles Vyner Brooke, Rajah Muda di bawah pemerintahan  James Brooke, Rajah Sarawak ketika itu.

21 ahlinya - lima pegawai pentadbir Inggeris rajah dan 16 Melayu serta Melanau -  adalah pemimpin suku tempatan yang dianggap boleh membantu pentadbiran Brooke di Sarawak.

Mereka ditugaskan merangka garis panduan am mengenai bagaimana menguruskan Majlis Umum.

Bagaimanapun, majlis itu tidak mempunyai kuasa undang-undang, kehaikiman atau eksekutif, tetapi bertindak sebagai sebuah forum untuk bertukar pandangan serta memberi taklimat mengenai dasar dan perintah rajah.

Majlis itu buat kali keduanya diadakan pada 15 Jun 1868 di Sibu sebelum dipindahkan ke Kuching pada sidang ketiganya pada 11 Oktober 1870.

Sewaktu Sarawak berkembang dan banyak tanah jajahan diperintah rajah, pemimpin-pemimpin masyarakat peribumi dari suku Orang Ulu yang banyak ditemui di Baram dan bahagian atas Sungai Rajang dimasukkan ke dalam majlis pada 1867.

Komposisi majlis ini mencerminkan pelbagai kaum, suku etnik dan agama di negeri Sarawak.

Majlis ini kemudian dinamakan semula sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN). – 30 Januari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen