PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa menjelaskan kenyataannya mengenai Taiwan yang “merdeka”, berkata kedudukan AS mengenai kedaulatan China tidak pernah berubah.
Kenyataan terbaharu Biden itu muncul sehari selepas sidang kemuncak maya dengan Presiden China Xi Jinping.
Ditanya sama ada mereka telah mencapai kemajuan di Taiwan, yang mempunyai hubungan tidak rasmi dengan AS, Biden berkata beliau “menjelaskan” sokongannya terhadap undang-undang semasa AS.
Di bawah Akta Taiwan, AS tidak mengiktiraf kemerdekaan Taiwan, namun komited membantu pulau itu mempertahankan dirinya.
Bagaimanapun, Biden, yang dalam lawatan ke New Hampshire, kemudian memberitahu pemberita: “Ia mederka. Ia buat keputusan sendiri.”
Rumah Putih tidak menjawab permintaan untuk penjelasan tentang perkara yang diperkatakan Biden. Biden sendiri kemudian memberitahu pemberita sejurus selepas itu yang beliau tidak bermaksud ada sebarang perubahan dalam dasar AS terhadap Taiwan.
“Kami tidak akan mengubah dasar kami sama sekali,” katanya. “Kami tidak galak kemerdekaan. Kami galakkan mereka buat apa yang dikehendaki oleh Akta Taiwan. Itulah yang kami lakukan. Biarkan mereka buat keputusan.”
Ini adalah kali ketiga Biden keluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar AS, beri gambaran keras sokongannya terhadap Taiwan.
Pada Oktober, apabila ditanya sama ada AS akan tampil membela Taiwan menentang China, beliau berkata, “Ya, kami ada komitmen.”
Biden membuat komen yang sama pada Ogos. Dalam kedua-dua keadaan, Rumah Putih menjelaskan kemudian dasar AS tidak berubah.
Walaupun AS memberikan bantuan kepada Taiwan untuk mempertahankan diri, ia mengekalkan apa yang Washington panggil “kekaburan strategik” berhubung persoalan sama ada tentera AS akan campur tangan.
Bercakap kepada pemberita pada Selasa, Biden berkata beliau telah menekankan kepada Xi, walaupun kapal tentera laut AS akan menjauhkan diri dari perairan wilayah China, mereka akan menuntut hak untuk mengakses Laut China Selatan dan “kami tidak akan diancam.” – AFP, 17 November, 2021.
Komen