PERSEKUTUAN Wartawan Antarabangsa (IFJ) pada Isnin menggesa pihak berkuasa Hong Kong menghentikan tindakannya yang menafikan wartawan asing untuk memperbaharu visa kerja berikutan skandal dengan The Economist.
Minggu lalu, majalah United Kingdom (UK) itu melaporkan Hong Kong menolak untuk memperbaharu visa kerja seorang daripada wartawannya. Menurut IFJ perkara itu bukan kali pertama berlaku.
“Kerajaan Hong Kong harus berhenti menggunakan proses visa untuk menghalang wartawan asing mengakses bandar itu. IFJ menggesa pihak berkuasa memastikan wartawan asing, seperti Sue-Lin Wong, dapat terus membuat laporan di Hong Kong,” menurut IFJ dalam satu kenyataan, lapor Sputnik. – Bernama, 16 November 2021
Komen