UK perluas dos penggalak kepada individu bawah 50-an


Suntikan dos penggalak ditawarkan kepada individu berusia 40 hingga 49 tahun di UK bagi memerangi gelombang jangkitan Covid-19 musim sejuk. – Gambar EPA, 16 November, 2021.

PERDANA UK Menteri Boris Johnson menggesa golongan muda untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 bagi memerangi gelombang jangkitan musim sejuk.

Saintis di UK memberi kebenaran kepada program imunisasi negara untuk menawarkan suntikan ketiga kepada golongan dewasa yang sihat berusia antara 40 hingga 49 tahun, enam bulan selepas suntikan kedua mereka.

Johnson berkata gelombang baharu Covid-19 sudah merebak dari timur dan tengah Eropah ke jiran terdekat Britain.

“Kita belum tahu sejauh mana gelombang baharu ini akan melanda. Tetapi sejarah menunjukkan kita tidak boleh leka.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat peningkatan kes di UK, jadi kita mesti terus berwaspada,” katanya pada sidang akhbar Downing Street.

Kerajaan Johnson telah dikritik keras kerana tindak balas terhadap pandemik koronavirus yang menyebabkan kira-kir 143,000 orang meninggal dunia sejak awal tahun lalu.

Kadar kes stabil selepas meningkat ke tahap lebih 50,000 sehari dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketua pegawai perubatan England Chris Whitty berkata Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dibiayai negara adalah “organisasi yang sangat berdaya tahan”.

“Namun begitu semua orang akan menerima bahawa sebahagian besar daripadanya…berada di bawah tekanan yang ketara dan saya khuatir berkemungkinan kekal begitu sepanjang tempoh musim sejuk.

“Adalah penting untuk kita terus memahami Covid-19 dengan sangat serius,” katanya. – AFP, 16 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen