Individu tak divaksin dilarang masuk pejabat kerajaan, universiti di Mesir


Mesir mahu meningkatkan usaha vaksinasinya dengan kira-kira 40 juta daripada 102 juta penduduknya sudah mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin. – Gambar EPA, 16 November, 2021.

MESIR semalam melarang pegawai dan pelajar yang tidak menerima vaksin Covid-19 memasuki ke pejabat kerajaan serta universiti mereka melainkan menunjukkan ujian PCR negatif.

Pegawai yang belum menerima suntikan mesti menunjukkan ujian PCR di mana kosnya tinggi di Mesir, setiap tiga hari untuk mengakses tempat kerja mereka, menurut kementerian selepas perintah kerajaan dikeluarkan.

Peraturan sama terpakai bagi pelajar untuk mengakses universiti, kata akhbar negeri Al-Ahram.

Negara Afrika Utara itu berkata sekatan itu akan dilanjutkan mulai 1 Disember untuk dikenakan kepada semua rakyat Mesir.

Mesir mahu meningkatkan usaha vaksinasinya dengan kira-kira 40 juta daripada 102 juta penduduknya sudah mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin, menurut pemangku menteri kesihatan Khaled Abdel Ghaffar.

Hanya 14 juta sudah menerima dua dos vaksin sepenuhnya.

Mesir secara rasmi sudah mendaftarkan hampir 400,000 kes jangkitan koronavirus termasuk 19,499 kematian. – AFP, 16 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen