RUU Gangguan Seksual tunggu kelulusan Jabatan Peguam Negara, kata Zailah


Chan Kok Leong

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff berkata RUU Gangguan Seksual akan dibentang bagi bacaan kali pertama di Parlimen selepas mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Menteri. – Gambar Facebook, 15 November, 2021.

RANG Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual akan dibentang bagi bacaan kali pertama di Parlimen selepas mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Menteri kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Sekarang ini di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara. Sekiranya dapat kelulusan barulah dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dan selepas mendapat ulasan daripada kementerian-kementerian berkaitan barulah boleh didaftarkan untuk dibentangkan di Parlimen.

“Kita mengharapkan dalam masa terdekat ini, kalau boleh minggu ini diselesaikan di peringkat Jabatan Peguam Negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Noorita Suai (Tenom-PH) mengenai komitmen kerajaan dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual serta garis masa akta itu akan dibentangkan.– 15 November, 2021.   

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen