Pencemaran udara di Eropah masih ragut 300,000 nyawa setahun, menurut laporan


Kematian pramatang disebabkan oleh pencemaran udara zarah halus menurun 10% setiap tahun di seluruh Eropah tetapi pembunuh senyap itu masih menyumbang 307,000 kematian pramatang setahun. – Gambar AFP, 15 November, 2021.

KEMATIAN pramatang yang disebabkan oleh pencemaran udara zarah halus menurun 10% setiap tahun di seluruh Eropah tetapi pembunuh senyap itu masih menyumbang 307,000 kematian pramatang setahun, kata Agensi Alam Sekitar Eropah hari ini.

Sekiranya garis panduan kualiti udara terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia diikuti oleh ahli EU, jumlah kematian terkini yang direkodkan pada 2019 boleh dikurangkan separuh, menurut laporan EEA.

Kematian yang dikaitkan dengan bahan halus – dengan diameter di bawah 2.5 mikrometer atau PM2.5 dianggarkan sebanyak 346,000 untuk 2018.

Pengurangan kematian yang jelas untuk tahun berikutnya dikurangkan sebahagiannya disebabkan cuara yang baik tetapi lebih-lebih lagi kepada peningkatan progresif dalam kualiti udara di seluruh benua, kata pusat data pencemaran udara Kesatuan Eropah.

Pada awal 1990-an, zarah halus yang menembusi jauh ke dalam paru-paru membawa kepada hampir sejuta kematian pramatang di 27 negara anggota EU, menurut laporan itu.

Angka itu dikurangkan lebih separuh kepada 450,000 menjelang 2005.

Pada 2019, bahan zarah halus menyebabkan 53,800 kematian pramatang di Jerman, 49,900 di Itali, 29,800 di Perancis dan 23,300 di Sepanyol.

Poland menyaksikan 39,300 kematian yang merupakan angka tertinggi bagi setiap populasi penduduk.

Kematian yang disebabkan oleh nitrogen dioksida – terutamanya daripada kereta, trak dan stesen janakuasa haba – turun suku kepada 40,000 antara 2018 dan 2019.

Kematian yang dikaitkan dengan ozon paras tanah pada 2019 juga menurun 13 peratus kepada 16,800 kematian.

Pencemaran udara kekal sebagai ancaman alam sekitar terbesar kepada kesihatan manusia di Eropah, kata agensi itu.

Penyakit jantung dan strok menyebabkan kebanyakan kematian pramatang disebabkan oleh pencemaran udara diikuti oleh penyakit paru-paru termasuk kanser.

Di peringkat usia kanak-kanak pencemaran atmosfera boleh membahayakan perkembangan paru-paru, menyebabkan jangkitan pernafasan dan memburukkan asma. – AFP, 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen