SEBUAH kereta meletup di luar bangunan sebuah hospital di Liverpool semalam, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi mangsa cedera.
Letupan di hadapan Liverpool Women’s Hospital itu berlaku sejurus sebelum 11 pagi waktu tempatan, kata polis.
Susulan kejadian itu tiga lelaki ditahan di Kensington dan disiasat di bawah akta antikeganasan.
Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan di Twitter berkata suspek masing-masing berumur 21, 26 dan 29 tahun.
Identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera, yang juga pemandu teksi berkenaan, berada dalam keadaan stabil di hospital, katanya.
Kenyataan itu juga menyebut polis kini bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan Liverpool menyiasat insiden tersebut. – AFP, 15 November, 2021.
Komen