11 maut dalam serangan bersenjata di Mexico


Mexico merekodkan lebih 300,000 pembunuhan sejak 2006 apabila kerajaan melancarkan operasi ketenteraan antidadah yang kontriversial, menurut angka rasmi. – Gambar EPA, 15 November, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang termasuk dua kanak-kanak maut dalam dua serangan bersenjata di Guanajuato, Mexico semalam.

Lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk di sebuah rumah di Silao dan membunuh tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak, kata pendakwa raya negeri.

Media tempatan berkata serangan itu berlaku semasa pesta kanak-kanak pada Sabtu lepas.

Lewat malam di perbandaran Apaseo el Grande, lelaki bersenjata membunuh lima sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun manakala seorang bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan.

Guanajuato menjadi salah sebuah negeri paling ganas di Mexio akibat pertempuran berterusan antara Santa Rosa de Lima dank artel dadah Generasi Baharu Jalisco.

Kumpulan itu berebut untuk mengawal pengedaran dadah yang menguntungkan dan pasaran bahan api yang dicuri.

Mexico merekodkan lebih 300,000 pembunuhan sejak 2006 apabila kerajaan melancarkan operasi ketenteraan antidadah yang kontriversial, menurut angka rasmi. – AFP, 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen