Peru wajibkan bukti vaksinasi lengkap


Setakat ini Peru sudah memberi dua dos vaksin Covid-19 kepada 16.4 juta penduduk atau 59% daripada populasi berusia 12 tahun ke atas. – Gambar EPA, 15 November, 2021.

Bermula bulan depan, Peru, negara dengan kadar kematian Covid-19 tertinggi di dunia mula mewajibkan penduduk untuk menunjukkan bukti vaksinasi sebelum memasuki ruang dalam mana-mana bangunan, kata kerajaan negara itu semalam.

Kenyataan itu yang diterbitkan dalam akhbar rasmi kerajaan berkata mereka yang berusia 18 tahun ke atas perlu menyediakan kad vaksinasi fizikal atau maya untuk mengakses restoran, pusat membeli-velah, gim dan teater.

Menteri Kesihatan Hernando Cevallos berkata dua suntikan Covid-19 diperlukan dan topeng muka juga diwajibkan untuk memasuki mana-mana premis.

Setakat ini Peru sudah memberi dua dos vaksin Covid-19 kepada 16.4 juta penduduk atau 59% daripada populasi berusia 12 tahun ke atas.

Sejak wabak itu bermula pada Mac 2020, negara yang berpenduduk 33 juta mencatatkan 2.2 juta kes Covid-19 dan 200,600 kematian, menurut data kerajaan. – AFP, 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen