LAPAN pendatang maut selepas bot yang hanyut selama lebih seminggu dengan 62 penumpang di dalamnya karam di Gran Canaria, Sepanyol, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.
Tujuh pendatang lain sudah meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di bot, manakala mangsa kelapan terkorban sebaik tiba di darat.
Menurut pasukan penyelamat, beberapa orang dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. – AFP, 14 November, 2021.
Komen