ANAK pemimpim Libya, Muammar Gaddafi yang diguling dan dibunuh pada 2011, Seif al-Islam Gaddafi menyerahkan pencalonan hari ini bagi bertanding dalam pemilihan presiden negara itu pada Disember depan, kata suruhanjaya pilihan raya.
“Seif al-Islam Kadhafi menyerahkan… pencalonannya untuk pilihan raya presiden kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan di bandar (selatan) Sebha,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.
Seif al-Islam adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dari Universiti Al-Fateh di Tripoli pada 1994. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Sekolah Perniagaan Imadec di Vienna, Austria pada 2000. – AFP, 14 November, 2021.
Komen