Pemilik akaun Twitter warga Palestin diminta bantu siasatan polis kes rasuah


Polis merakam keterangan beberapa anggota bertugas semasa sekatan jalan raya itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 November, 2021.

POLIS sedang mengesan pemilik akaun Twitter ‘Nuratikahrose’ dan seorang lelaki warga Palestin bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular mendakwa anggota polis meminta wang sogokan di sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, berkata pemilik akaun itu memuat naik beberapa rakaman suara milik lelaki Palestin itu yang mendakwa seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan itu meminta wang daripadanya atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.

“Polis merakam keterangan beberapa anggota bertugas semasa sekatan jalan raya itu. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Mohamed berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Abdul Aziz Sulaiman di talian 03-61262222 dan 016-7185750. – Bernama, 13 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen