Vietnam terima kumpulan pertama pelancong antarabangsa 


Pelancong asing perlu menunjukkan sijil vaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif ketika tiba di Vietnam. – Gambar EPA, 13 November, 2021.

KUMPULAN pertama pelancong antarabangsa tiba di Vietnam selepas hampir 20 bulan negara itu menutup pintu sempadan antarabangsanya bagi mengekang penularan Covid-19.

Dua pesawat yang membawa lebih 400 pelancong dari Korea Selatan dan Jepun yang sudah lengkap vaksinasi dari Seoul dan Tokyo ke bandar peranginan Nha Trang, lapor media tempatan. 

Bandar itu merupakan destinasi popular untuk sukan golf, aktiviti pantai, selam skuba serta dipenuhi hotel mewah. 

Vietnam juga merancang untuk membuka pulau peranginan Phu Quoc kepada pelancong asing yang lengkap vaksinasi pada 20 November. 

Negara itu turut menjangkakan pulau berkenaan bakal menerima lebih 5,000 pelancong. 

Pelancong asing perlu menunjukkan sijil vaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif ketika tiba di negara ini. 

Sempadannya ditutup kepada pelancong antarabangsa sejak Mac tahun lalu dan hampir tiada penerbangan komersial memasuki negara berkenaan. 

Vietnam merupakan antara negara yang mendapat pujian kerajaan kejayaannya menangani pandemik.  – AFP, 13 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen