ANAK perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Sara Duterte akan bertanding jawatan naib presiden pada pilihan raya 2022, kata pemantau pilihan raya kerajaan.
Suruhanjaya pilihan raya mengumumkan di Facebook bahawa Sara akan bertanding bagi jawatan kedua tertinggi, bagi menggantikan calon lain.
“Ini untuk mengesahkan Datuk Bandar Inday Sara Duterte melalui wakilnya, telah memfailkan Sijil Pencalonan Naib Presiden di bawah parti Lakas-CMD,” kata jurucakapnya Christina Garcia Frasco di Facebook.
Keputusannya dibuat sebelum tarikh akhir 15 November untuk calon membuat pendaftaran lewat untuk bertanding pada pilihan raya Mei.
Ia turut disahkan oleh parti Ferdinand Marcos Jr, anak lelaki kepada bekas diktator itu, untuk menjadi pasangannya dalam pilihan raya berkenaan.
Sara sebelum ini dijangka akan bertanding jawatan presiden dalam usaha menggantikan bapanya.
Sejak beberapa bulan lalu, beliau menegaskan mahu berkhidmat sepenggal lagi sebagai datuk bandar Davao City, walaupun secara konsisten mendahului tinjauan pilihan pengundi untuk jawatan presiden akan datang. – AFP, 13 November, 2021.
Komen