Ratu Wiliame Katonivera angkat sumpah presiden baharu Fiji


Ratu Wiliame Katonivere mengangkat sumpah di hadapan speaker parlimen Epeli Nailatikau (gambar), delegasi kerajaan, diplomat dan tetamu jemputan. – Gambar AFP, 12 November, 2021.

RATU Wiliame Katonivere pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Fiji dalam satu majlis di Dewan Negara, lapor Xinhua.

Menurut media tempatan, Katonivere mengangkat sumpah di hadapan speaker parlimen Ratu Epeli Nailatikau, delegasi kerajaan, diplomat dan tetamu jemputan.

Beliau menjadi presiden keenam Fiji sejak negara di pulau Pasifik Selatan itu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1970.

Parlimen melantik Katonivere, bekas presiden parti FijiFirst sebagai presiden pada Oktober. – Bernama, 12 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen