Blinken lawat Kenya, Nigeria dan Senegal 


Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken akan mengadakan lawatan ke Kenya, Nigeria dan Senegal.– Gambar EPA, 12 November, 2021.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken akan mengadakan lawatan ke Kenya, Nigeria dan Senegal minggu depan. 

Lawatan itu diadakan bagi membincangkan mengenai pandemik Covid-19 dan usaha menangani perubahan iklim, kata jurucakapnya.

“Blinken akan mengadakan pertemuan dengan presiden setiap negara untuk mengukuhkan kerjasama dalam keutamaan global,” kata jurucakapnya Ned Price dalam satu kenyataan. 

Topik lain dalam agenda lawatan yang bermula Isnin hingga Sabtu termasuk menghidupkan semula demokrasi, memajukan keamanan dan keselamatan, dan ekonomi global yang lebih inklusif, kata Price. 

Blinken akan mulakan lawan ke Nairobi yang mana beliau akan bertemu Presiden Kenya Uhuru Kenyatta dan pegawai kerajaan lain.

Beliau kemudiannya akan ke Abuja untuk bertemu Presiden Nigeria Muhammadu Buhari dan menyampaikan ucapa berhubung dasar Amerika-Afrika. 

Lawatannya ditamatkan di Dakar yang mana beliau akan bertemu Presiden Senegal Macky Sall dan pegawai kerajaan lain.– AFP, 12 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen