Aktivis ditahan kerana didakwa menyakitkan perasaan agama


Chan Kok Leong

Mesej terakhir aktivis Sarajun Hoda kepada rakan aktivisnya sebelum ditahan polis di kediamannya hari ini.– Gambar Facebook, 29 Januari, 2018. 

AKTIVIS sosial dan hak asasi manusia, Sarajun Hoda, ditahan kira-kira jam 7 malam ini.

Mesej terakhir aktivis hak asasi manusia dan sosial yang lantang itu kepada pengarah eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy pada jam 7.15 malam adalah: Polis di rumah saya sekarang. ASP Khairol menahan saya sekarang. Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia. Mereka membawa saya ke IPD Dang Wangi”.

“Sila tweet,” kata bekas exco Aliran dan bekas timbalan pemgerusi Bersih itu.

Mesej berkenaan dimuat naik oleh aktivis Caged Thomas Fann di Facebook Sarajun.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat hendak melukakan perasaan agama seseorang manakala Seksyen 233 memperuntukkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Seseorang individu itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia. 

Seorang lagi ahli Aliran Christopher Chong mengesahkan penahanan tu kepada The Malaysian Insight. 

Masih belum dapat dipastikan mengapa Sarajun ditahan.

Sementara itu, Aliran berkata ia bimbang bahawa ahlinya Sarajun ditangkap malam ini. 

“Kami diberitahu, dia dibawa ke balai polis Dang Wangi

“Sebab penahanannya masih belum jelas, tetapi dipercayai dia ditahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

“Kita minta pihak berkuasa nyatakan sebab penahanannya dan segera memberikan akses peguam kepadanya. Dia juga peerlu dibenarkan untuk mendapatkan sebarang keperluan perubatan jika perlu,” kata jawatankuasa eksekutif Aliran dalam satu kenyataan. – 29 Januari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen